Wednesday, November 9, 2016

Kafa Al Amin berpindah bangunan

Pemberitahuan


Untuk pengetahuan semua bermula dari 1 Dis 2016 Kafa Al Amin akan berpindah kepremis baru. Alamat terbaru kami ialah no 2a dan 4a jalan diplomatik 3/1 presint diplomatik putrajaya. Ia terletak sebaris dengan Bank Rakyat. Ia lebih besar dan lebih selesa. Mempunyai 2 pintu. Untuk sebarang urusan rasmi sila masuk melalui pintu utama kami iaitu no 2a.



Masih mengekalkan konsep yg sama dan pakej yg sama juga. Mempunyai 2 sessi iaitu sessi pagi yg akan bermula dari jam 7.30 pg hingga 12.30 tghari dan sessi ptg bermula dari jam 12.30 hingga 6.30 petang.



Kepada sesiapa yg berminat  sila buat pendaftaran awal kerana tempat adalah terhad. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami ditalian berikut. 0134489257 (ustazah zulaikha) atau 0195726283 (puan Fuziah)



Harap maklum.

Monday, October 10, 2016

Pusat Tuisyen Islam Al-Amin bertukar nama

Assalamualaikum semua.

Maaf agak lama blog ini tidak di up date. Puncanya kami terlalu sibuk diawal tahun ini kerana 2 dari 4 ustazah yg mengajar di Pusat Tuisyen Islam Al-Amin mendirikan rumah tangga.

Untuk pengetahuan semua Pusat Tiusyen Islam Al-Amin telah pun bertukar nama kepada Kafa Al-Amin bermula bulan oktober 2016 ini. Ini adalah kerana nama ini rasanya lebih sesuai. Untuk tahun-tahun berikutnya kami akan lebih menumpukan Kafa berbanding dengan aktiviti yg lain-lain.

Monday, December 28, 2015

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Tahun 2015 hampir sampai kepenghujung. Banyak kenangan pahit manis yang kita semua tempuhi sepanjang 12 bulan kita melaluinya. Begitu juga dengan kami di Pusat Islam Al- Amin putrajaya. Terima kasih yang tak terhingga kami ucapkan kepada semua pelanggan-pelanggan kami yang banyak menyokong dan masih setia bersama kami.

Untuk permulaan tahun 2016 Pusat Tuisyen Islam Al-Amin telah menambah satu lg perkhidmatan iaitu KAFA dan pengajian Al quran sessi pagi dari jam 9 pagi hingga 12 tghari. Kelas diadakan setiap hari dari isnin hingga jumaat.  Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi pihak kami dengan segera. Kadar yuran yang kami kenakan adalah rm200 sebulan.

Tempat adalah terhad. Kelas akan bermula pada 4hb jan 2016. Terima kasih.

Friday, August 7, 2015

Tempat Terhad. Jom Daftar Sekarang!

Assalamualaikum. Pusat Tuisyen Islam (KAFA) Al-Amin - Putrajaya telah buka untuk pendaftaran bagi tahun 2016. Di sekolah ini kami menyediakan 2 pakej perkhidmatan. InshaAllah, yuran yang ditawarkan oleh pihak kami sangat berpatutan.

Pakej 1: Kelas KAFA + Mengaji + Transit
Pakej 2: Kelas KAFA + Mengaji

Keterangan lanjut boleh hubungi atau WhatsApp:
+60195726283 (Puan Fuziah)
+60134489257 (Ustazah Zulaikha)
+60134489254 (Ustazah Nabila)

* Booking tempat anak anda sekarang. Tempat sangat terhad! *


Monday, August 3, 2015

Jamuan Hari Raya Pusat Tuisyen Islam Al-Amin

Assalamualaikum. Alhamdulillah, pada hari Rabu / 29 Julai 2015 yang lalu, pihak KAFA Al-Amin telah mengadakan jamuan sempena Hari Raya Aidilfitri. Semua murid lengkap berpakaian hari raya yang cantik dan sangat kemas. Alhamdulillah, jamuan yang ringkas tapi tetap meriah dan murid-2 sangat enjoy.







Tuesday, June 16, 2015

Aktiviti Pelajar: Peperiksaan Pertengahan Tahun (Mei 2015)

Assalamualaikum. Alhamdulillah, pelajar-pelajar Pusat Tuisyen Islam Al-Amin telah menduduki peperiksaan pertengahan tahun pada bulan Mei yang lalu.











Friday, June 5, 2015

Pengambilan Baru 2016

Assalamualaikum.

In sha Allah, Pusat Tuisyen Al-Amin akan mula membuka untuk pendaftaran kemasukan baru bagi tahun 2016 bermula selepas cuti persekolah iaitu 15/6/2016.

Untuk maklumat lanjut berhubung pendaftaran, pihak Tuan/Puan boleh hubungi nombor yang tertera dibawah atau hadir ke pusat tuisyen kami di Presint Diplomatik.

Kami masih menawarkan pakej-pakej yang sama seperti tahun 2015.

Puan Fuziah :          +6019-5726283
Ustazah Zulaikha :  +6013-4489254

Wednesday, December 31, 2014

Selamat Tahun baru 2015

Assalamualaikum semua......

Alhamdulillah kita telah pun memasuki tahun baru 2015. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa yg telah mendaftarkan anak-anak mereka disekolah kami. Segala kepercayaan yang diberi tidak akan kami sia-siakan.

Untuk pengetahuan semua ibubapa walaupun sekolah kerajaan akan memulakan sesi persekolahan pada 12hb januari tapi kami di sekolah rendah islam al-amin tetap akan memulakan perkhidamatan pada 5hb januari 2015. Oleh itu kepada kanak-kanak yg telah mendaftar boleh lah datang kesekolah kami pada hari tersebut.

Terima kasih

Tuesday, December 9, 2014

HARI PEMBUKAAN


Assalamualaikum. 

Untuk makluman semua pelajar serta ibu bapa yang telah dan akan mendaftar di sekolah rendah Islam Al-Amin cawangan Presint Diplomatik Putrajaya, pihak kami akan mengadakan hari pembukaan pada hari rabu 24 hb Dis 2014. dari pukul 10 pagi hingga 4 petang. Semua dijemput hadir.

Sebarang pertanyaan sila hubungi ustazah zulaikha 013-4489257

Terima kasih.